Setiap manusia memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup. Tanpa keperluan asas manusia tidak dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa. Keperluan asas merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow, manusia perlu memenuhi keperluan dari tahap paling bawah hingga ke tahap yang tertinggi . Ia merujuk kepada keperluan paling utama yang perlu dipenuhi ialah keperluan fisiologi, yang kedua ,keperluan sosial dan yang tertinggi ialah keperluan rohani.
Sekirannya ada pihak yang menafikan hak kita mendapatkan keperluan asas, maka suatu tindakan yang sewajarnya perlu diambil. Contohnya membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pelbagai undang-undang juga boleh dirujuk terhadap penafian hak mendapat keperluan asas. Antara undang-undang yang berkaitan makanan ialah:-
- Akta makanan, 1983
- Peraturan-peraturan makanan, 1985
- Akta Kawalan Bekalan, 1961
- Akta kawalan Harga, 1946
- Akta Perihal Dagangan, 1972
- Akta Timbang dan Sukat, 1972
- Peraturan-peraturan Timbang dan Sukat, 1973
Terdapat banyak panduan,kaedah atau langkah yang boleh digunakan oleh pengguna dalam mendapatkan keperluan asas yang sewajanya . Antara panduan untuk mendapatkan keperluan asas yang baik serta berkualiti adalah dengan cara:-
- pilih produk makanan keluaran syarikat tempatan kerana ia mungkin lebih murah, segar,halal dan menjimatkan pertukaran mata wang asing.
- Beli buah-buahan pada musimnya kerana harga adalah lebih murah dalam keadaan yang tidak membazir, ini kerana tabiat membazir dilarang keras dalam agama islam.
- Beli makanan secara borong terutama makanan yang tidak mudah rosak.
- Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organik berbanding makanan dalam bentuk yang sudah diproses.
- Amalkan tanam sendiri sayur-sayuran untuk pemeliharaan alam sekitar.
- Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh kerana manfaat khasiat dan kurang bahan kimia.
- Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan perbandingan.
- Tentukan makanan adalah seimbang dari segi khasiatnya.
- Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan elum melewati tarikh akhir.
- Pastikan makanan yang bertin tidak kemek atau berkarat tidak sempurna pengetinannya.
Hak mendapat keperluan asas juga meliputi hak kesihatan. Di mana pengguna harus memastikan aspek kesihatan tidak diekploitasi oleh pihak yang tidak betanggungjawab. Apa yang penting kita sebagai pengguna harus mengambil langkah terbaik untuk kesihatan diri sendiri. Umpamanya anda boleh mengikuti panduan di bawah untuk menunaikan tanggunjawab pengguna dalam aspek kesihatan:-
- Sentiasa makan makanan seimbang dan mengikut peraturan
- Sentiasa bersenam
- Jangan menghisap rokok
- Jauhi najis dadah
- Adakan masa bersama keluarga
- Dapatkan rehat yang cukup jangan minum minuman beralkohol
- Jadilah pengguna bermaklumat mengenai kesihatan
Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri keperluan asas yang baik yang sepatutnya kita perolehi. Sekiranya tidak mendapat keperluan asas yang sewajarnya kita perlulah bertindak atas dasar hak pengguna